Kerjasama strategik antara PKINK dan Madoobee Marketing Sdn Bhd bertujuan untuk memperkukuh pembangunan keusahawanan di negeri Kelantan melalui program latihan dan bimbingan berstruktur. Melalui pengiktirafan PKINK sebagai rakan strategik utama, usahawan yang menamatkan latihan di bawah Madoobee akan menerima pengiktirafan rasmi daripada PKINK, sekaligus meningkatkan kredibiliti dan peluang mereka dalam pasaran.
Selain itu, PKINK akan menjadi peneraju utama dalam semua aspek latihan dan perkhidmatan perundingan yang dijalankan oleh Madoobee Marketing Sdn Bhd. Inisiatif ini juga berperanan untuk memperkukuh imej dan penjenamaan PKINK di peringkat negeri dan nasional sebagai agensi yang aktif memacu pembangunan ekonomi dan keusahawanan.